De Ligt menghampiri penghijrahan ke Nou Camp untuk menyertai Barcelona

BERCELONA – Juara La Liga, Barcelona mengharapkan pengumuman pembelian pemain antarbangsa Belanda, Matthijs de Ligt dalam beberapa hari lagi.

Goal. com melaporkan pemain Ajax itu akan menyertai the Catalans dalam beberapa hari lagi.

Pemain itu dijangka mengikuti jejak langkah rakan sepasukannya Frankie de Jong yang menyertai pasukan sama dengan nilai 65 juta pound.

Ia memberi semangat dan keyakinan kepada Barcelona untuk mengikat khidmat de Ligt dalam tempoh terdekat.

Barcelona dikatakan bersedia menjelaskan yuran sebanyak 75 juta Euro yang ditetapkan Ajax untuk de Ligt.

Pemain pertahanan berusia 19 tahun itu terus menyerlah musim ini sehingga dipilih menjadi kapten Ajax yang mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan