Real Madrid merancang untuk melepaskan Bale secara pinjaman kepada kelab asalnya Tottenham Hotspurs.

MADRID – Real Madrid sedang membuat persiapan melepaskan Gareth Bale secara pinjaman kepada kelab asalnya, Tottenham Hotspurs.

Pengurus the Galacticos, Zinedine Zidane tidak lagi berhasrat untuk menyimpan bintang La Liga itu musim hadapan.

Jawatankuasa merekrut pemain sedang berbincang kemungkinan mengeluarkan Bale dari Bernabeu.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu tidak mahu membeli Bale.

Bale menerima gaji mingguan sebanyak 600,000 pound di Real tetapi bersedia menerima gaji yang lebih rendah.

Real hanya bersedia melepaskan pemain antarabangsa Wales itu sekiranya terdapat kelab yang sanggup menanggung gaji sebanyak 250,000 pound seminggu dan 10 juta pound semusim.

Majoriti 90 peratus penyokong Real mengundi mendesak pemain berusia 29 tahun itu dijual musim ini.

Kelab Perancis, Lyon turut berhasrat untuk mendapatkan khidmat Bale namun gaji pemain itu yang tinggi mungkin menjadi kekangan

Zidane pula mahu meletakkan Bale dalam pasukan bawah 23 tahun daripada membiarkan pemain itu berlatih bersama pasukan utama.

Bale tidak beraksi untuk dua perlawanan terakhir la Liga.

Agen Bale, Jonathan Barnet mendakwa pemain itu mahu tinggal di Bernabeu sehingga kontraknya tamat. – Agensi