KUALA LUMPUR – Bersempena sambutan Hari Ibu yang diraikan pada Ahad lalu, personaliti fesyen dan pelakon Wak Doyok menghadiahkan sebuah kereta Toyota Vellfire kepada ibunya.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata, dia membeli kenderaan itu bagi memudahkan ibunya untuk berjalan-jalan ke rumah sanak-saudara.

Tambah pelakon Abang Long Fadil itu, dia berharap supaya ibunya sentiasa dalam keadaan sihat dan diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

“Semoga mak sihat dan dapat menunaikan fardu haji tahun ini insyallah,” tulisnya.

Status berkenaan dipenuhi ucapan syukur yang rata-ratanya bangga dengan sikap berbakti Wak Doyok terhadap orang tua dan turut berdoa agar dia semakin dimurahkan rezeki.

Tahun lalu, Wak Doyok menghadiahkan sebuah rumah banglo buat ibunya hasil titik peluhnya dalam bidang perniagaan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.