KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jelek dengan kritikan para warganet di Twitter beliau.

Dengan nada mengeluh, Menteri Belia dan Sukan itu nyata menyampah dengan komen pengguna media sosial yang mempersoalkan cara duduk beliau dalam satu majlis, semalam.

“Ya Allah. Duduk pun boleh dijadikan isu. Give me a break,” katanya kepada warganet.

Sebelum ini pengguna Twitter, Naratif Rakyat memuat naik ciapan mengecam Syed Saddiq.

Menurut ciapan itu, Syed Saddiq dilihat tidak menghormati hadirin dengan bersila dengan tapak kakinya menghala ke atas.

“Jadi Menteri pun bodoh. Duduk bersila, tapak kaki biar hala ke bawah.

“Orang nak makan la ni. Takde respect langsung,” tulis pengguna media sosial itu.

Dalam kamus dewan, bersila membawa maksud duduk dengan kaki berlipat dan bersilang.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Syed Hamid Albar menasihatkan agar Syed Saddiq tidak menghiraukan kecaman dan fokus akan tanggungjawab sebagai ahli politik.

“Begitu lah keadaannya masyarakat bebas dan terbuka di zaman ini.

“Kena tebal muka, telinga tak nipis dan hati tabas… zaman tegur pemimpin,” nasihat beliau.

Ciapan Syed Saddiq mendapat 18,000 retweet, dan 23,000 likes di Twitter. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here