KUALA LUMPUR – Sejak malam tadi tular video rakaman Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bersalam dengan kerabat diraja Johor.

Ia dikatakan dirakam semasa upacara penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang semalam.

Dalam video itu, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah dilihat tidak bersalam dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dalam media sosial menempelak sikap Mukhriz.

“Tengok betapa kurang ajarnya Mukhriz. Langsung tak salam TMJ dan Tuanku Sultan Johor, biadap sungguh anak Mahathir ni,” kata Lokman.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sering ‘bertelagah’ dengan TMJ dalam beberapa isu.- MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN: