Nga Kor Ming.
Nga Kor Ming.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming didesak memberi penjelasan berhubung kontroversi penamaan bangunan sekolah rendah Cina di Simpang, Perak sempena namanya.

Menurut seorang netizen, Cally Ting yang menyiarkan klip video bangunan sekolah itu di Facebook miliknya sejak Selasa lalu mempersoalkan tindakan sekolah terbabit meletakkan nama Kor Ming.

“YB Nga Kor Ming, pernahkah anda memberikan sumbangan peribadi kepada SJKC Sin Min?

“Kalau ya atau pernah, berapakah jumlah sumbangan tersebut?

“Adakah penamaan bangunan tersebut merupakan tanda penghargaan YB Nga sebab telah banyak membantu dalam sekolah ini.

“Tanda nama 3D itu, berapa kosnya? Adakah kos itu dibayar oleh peruntukan Kementerian Pendidikan?” katanya dalam klip video yang dimuat naik di Facebook miliknya sejak Selasa lalu.

Menurut laporan akhbar Cina baru-baru ini, tindakan SJK (C) Sin Min menamakan sebuah bangunan sempena nama Kor Ming adalah sebagai satu penghormatan kepadanya kerana membantu mendapatkan geran RM220,000 untuk sekolah itu.

Screenshot_20190525_152507

Sejak isu dibangkitkan Cally Selasa, Kor Ming masih gagal memberi penjelasan malah beliau enggan mengulas lanjut apabila isu berkenaan diajukan oleh wartawan Nan Yang Siang Pau.

Menurut Cally lagi, Pengerusi lembaga pengarah sekolah terbabit, Lo Swee Yong menjelaskan bahawa semasa kempen pengumpulan dana, sekolah telah membuat keputusan untuk menamakan blok tersebut kepada sesiapa yang dapat membantu mendapatkan RM100,000 daripada Kementerian Pendidikan.

Katanya, sejak SJKC Sin Min mendapat bantuan RM220,000 daripada kerajaan, sekolah memutuskan untuk menamakan bangunan itu sempena nama ahli Parlimen Teluk Intan itu.

Cally juga mendedahkan, keputusan meletakkan nama Kor Ming di Bangunan sekolah itu tidak diketahui oleh seorang lembaga pengarah lain, iaitu Soo Ching Chuan.

Ching Chuan mempersoalkan keputusan itu, sambil berkata bekas timbalan menteri Datuk Tan Lian Hoe turut membantu sekolah memperoleh geran bernilai RM1 juta di bawah pentadbiran Barisan Nasional tetapi namanya tidak muncul di blok tersebut. – MalaysiaGazette

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here