Pada majlis yang sama beliau turut menyampaikan bantuan kepada 22 pertubuhan bukan kerajaan dan sekolah-sekolah terpilih.

SUNGAI BULOH – Beri zakat macam beri duit raya!

Itu gambaran pada majlis penyerahan zakat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kepada kira-kira 200 penerima asnaf di kediamannya di sini hari ini.

d576ce15-b6de-49c7-8732-61880744503b

Selain duit raya, kesemua asnaf yang juga golongan kelainan upaya juga menerima barangan keperluan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pada majlis yang sama beliau turut menyampaikan bantuan kepada 22 pertubuhan bukan kerajaan dan sekolah-sekolah terpilih.

Acara tahunan kali kelima itu diadakan Aliff dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

Sementara itu, Aliff merasa amat terharu dengan sambutan serta dapat membantu golongan-gologan kurang berkemampuan untuk meringankan beban mereka dalam persiapan menjelang Syawal.

Majlis hari ini diadakan di Sugeh Resort Kuang kepunyaan Aliff sendiri.

Pada majlis itu beliau turut ditemani isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid.

Sebelum itu, penerima bantuan sudah berkumpul seawal pukul 8 pagi lagi di Dewan D’ Pinang Laris.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.