Matawang tempatan, Ringgit Malaysia (RM). foto FAREEZ FADZIL, 03 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan rali untuk dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong ketegangan perdagangan yang berkurangan antara AS dan Mexico, di tengah-tengah jangkaan lebih tinggi bahawa Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah.

Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1535/1585 berbanding dolar AS daripada 4.1570/1620 penutup Jumaat.

Peniaga berkata, perjanjian minit terakhir antara AS dan Mexico minggu lalu untuk mengelakkan tarif telah memulihkan keyakinan pasaran terhadap mata wang pasaran negara membangun, termasuk ringgit.

Selain itu, data pekerjaan AS yang lemah bagi Mei 2019 telah meningkatkan lagi jangkaan bahawa Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah pada separuh kedua 2019.

“Faktor luaran di atas membantu meningkatkan prestasi ringgit,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali pound.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0433/0481 daripada 3.0396/0444 penutup Jumaat, lebih lemah berbanding yen kepada 3.8288/8345 daripada 3.8275/8331 dan lemah berbanding euro kepada 4.6993/7066 daripada 4.6787/6860.

Berbanding pound, unit tempatan mengukuh sedikit pada 5.2828/2896 daripada 5.2844/2924 Jumaat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here