KUALA LUMPUR – Saham di Bursa Malaysia lebih tinggi pada pembukaan hari ini, berikutan perkembangan positif semalaman berhubung perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Sentimen itu juga selari saham Asia lain, yang mendapat rangsangan lanjut dengan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengikuti Bank Pusat Eropah (ECB) dalam mengurangkan kadar faedah semasa mesyuarat dasar yang sedang berlangsung.

Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.85 mata kepada 1,654.61 daripada 1,652.76 penutup Selasa.

Indeks penanda aras itu dibuka 1,81 mata lebih baik pada 1,654.57.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 174 berbanding 41 dengan 128 kaunter tidak berubah, manakala 1,524 tidak diniagakan dan 20 digantung.

Perolehan berjumlah 71.19 juta bernilai RM38.50 juta. – MalaysiaGazette