Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Saham di Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pagi ini, dengan nada pasaran yang masih berhati-hati dan boleh melemahkan lagi tinjauan pasaran, demikian menurut satu nota penyelidikan.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.5 mata kepada 1,664.04 daripada 1,6666.83 penutup Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 5.71 mata lebih rendah pada 1,660.83.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 129 berbanding 97 dengan 206 kaunter tidak berubah, manakala 1,446 tidak diniagakan dan 21 digantung.

Sejumlah 169.35 juta saham bertukar tangan bernilai RM106.03 juta. – MalaysiaGazette