ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia kekal bercampur-campur pada pembukaan untuk hari kedua berturut-turut, di tengah-tengah harga minyak mentah yang lebih tinggi dan pengukuhan ringgit.

Pada 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.37 mata kepada 1,673.06 daripada 1,675.43 penutup Khamis.

Indeks itu dibuka 3.19 mata lebih rendah pada 1,672.24.

Di papan skor, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 130 berbanding 48 dengan 141 kaunter tidak berubah, manakala 1,568 tidak diniagakan dan 22 digantung.

Perolehan berjumlah 70.03 juta bernilai RM35.04 juta. –  MalaysiaGazette