TOKYO – Harga minyak global stabil hari ini dipacu oleh kebimbangan ketegangan hubungan antara Iran dan Amerika Syarikat namun wujud tekanan penurunan permintaan bagi minyak mentah.

Penanda aras minyak Brent meningkat sebanyak AS$0.03 kepada AS$64.89 setong selepas meningkat 0.5 peratus pada hari Isnin.

Manakala niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) pula susut sebanyak AS$0.03 kepada AS$57.87 setong setelah merosot 0.8 peratus dari sesi sebelumnya.

Brent dan minyak mentah AS, West Texas Intermediate naik 10 peratus selepas Iran menembak jatuh dron tentera AS di Teluk, yang sebelum itu didakwa menyerang kapal-kapal tangki pada bulan ini dan Mei.

Washington mendakwa serangan dilakukan oleh Iran tetapi berkali-kali dinafikan oleh Tehran. – MalaysiaGazette