Rafael Benitez. Foto BBC.

LONDON – Selepas berdepan masa depan yang tidak menentu, Rafael Benítez sah akan meninggalkan Newcastle United pada Ahad ini selepas kontrak sebagai pengurus berakhir.

Perkara itu diumumkan United melalui satu kenyataan di laman Twitter kelab itu.

“Kelab telah bekerja keras untuk menyambung kontrak Rafa Benitez untuk tempoh tertentu namun perancangan tersebut tidak berlaku dan tidak akan berlaku atau mungkin untuk dipersetujui oleh Rafa dan wakilnya.

“Kakitangan kejurulatihan lain yang dibawa masuk oleh Rafa iaitu Paco de Miguel Moreno, Antonio Gomez Perez dan Mikel Antia juga akan meninggalkan kelab ini pada 30 Jun ini,” katanya kenyataan itu.

Benitez yang juga bekas jurulatih Liverpool membimbing kelab Liga Perdana Inggeris itu sejak tahun 2016.

Difahamkan, kontrak Benitez menemui jalan buntu kerana dia hilang sabar dengan pemilik pasukan itu, Mike Ashley.

Newcastle kembali ke pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh tiga musim Benitez mengemudi kelab itu.

Pada musim pertama, dia gagal membantu pasukan itu keluar dari zon penyingkiran.

Dia kemudian memacu semula Newcastle beraksi di pentas EPL dan menduduki tangga ke-13 musim lalu. – MalaysiaGazette