Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan telah menahan Datuk Hasan Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri ( JAPERUN ) Sungai Rambai Melaka.

Turut ditahan kerani JAPERUN, Khuzaimah Abdullah. Kedua-duanya ditahan berkaitan penyelewengan peruntukan bagi Inisiatif Strategic Linkage di bawah Program Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) tahun 2016 untuk Negeri Melaka yang disalurkan pada JAPERUN.

Bagaimanapun mereka dibebaskan dengan ikat jamin SPRM dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok (Selasa), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.

Hasan yang juga ADUN Sungai Rambai merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri pada masa kejadian dan bertanggungjawab bagi portfolio JAPERUN.

Pertuduhan akan berlangsung esok jam 8.30 pagi. – MalaysaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.