Foto Facebook Ebit Lew.

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew tampil dengan pendekatan tersendiri ketika apabila mendekati penyanyi kontroversi Aliff Aziz.

Menerusi Facebook miliknya, Ebit mencari Aliff Aziz di rumah kediaman ibu bapa penyanyi itu yang terletak di Singapura dan Aliff dengan tenang menyambut kedatangannya dengan wajah yang polos.

Ebit berkata, dia sebak kerana dapat menziarah dan berdakwah kepada Aliff.

“Sebak tadi. Semalam dari Tapah Ipoh terus ke Singapore malam ni ceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang. Terus dapat mesej team #doorToDoorEbitlew untuk ziarah dakwah Aliff Aziz. Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah.

“Panjang lebar kami berbual tadi. Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa. Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak.

“Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal al-Quran. Neneknya dan atuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya. Tadi banyak soalan agama darinya.

“Setiap manusia diuji Allah. Setelah ujian adakah kita semakin dekat dengan Allah? Saya doakan Aliff Aziz istiqamah yer kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah,” tulis Ebit menerusi Facebooknya.

Dalam masa yang sama, Ebit mendoakan agar penyanyi ini istiqamah dalam perbuatan baiknya ketika ini dalam persediaan menuju akhirat.

Aliff yang sebelum ini menghadapi pelbagai kontroversi termasuk isu curang dengan beberapa wanita.

Antaranya dua pelakon baharu iaitu Afifah Nasir dan Oktavia Manrose.

Sehinggalah kemuncak kontroversi ini apabila Aliff sekali lagi kantoi curang dengan seorang gadis bawah umur yang dikenali sebagai Nismell, yang membawa kepada perceraiannya dengan Bella. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.