Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berbual sesuatu dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi merangkap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali (kiri) pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 21 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Konflik antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai ‘kejohanan tomoi’.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berseloroh perseteruan di antara kedua-dua pemimpin itu hanya demi menggantikan kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang ke-8.

Tok Mat juga turut mengucapkan selamat berjaya kepada Anwar dan Mohamed Azmin.

“Kejohanan tomoi PKR merebut piala PM ke-8 sedang berlangsung.

Good luck to both fighters (Selamat berjaya kepada kedua-dua pesaing),” katanya di Facebook hari ini.

Datuk Seri Mohamad Hassan
Datuk Seri Mohamad Hassan

Postingnya itu dimuatnaik bersama-sama laporan berita tentang jawapan keras yang dilontarkan Mohamed Azmin terhadap Anwar yang menggesanya bercuti dalam jawatan kerajaan dan parti jika video seks yang dikaitkannya dengan dirinya disahkan tulen.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi semalam ketika ditemui pemberita di Parlimen berkata “Suruh dia (Anwar) cermin diri sendiri dulu,”. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.