RIYADH – Arab Saudi menyerahkan krew sebuah kapal milik Iran kepada Oman.

Sebelum ini kelasi tersebut telah dikeluarkan daripada kapal yang berada di pelabuhan Hodeidah di Yemen bagi tujuan perubatan.

Setelah menerima rawatan di Jazan, warga Iran itu diserahkan kepada Oman selepas Arab Saudi menerima permintaan Iran menerusi kedutaan Switzerland di Riyadh, lapor Saudi Press Agensy (SPA) seperti dipetik Arab News.

Arab Saudi berkata, pada Jun lalu negara itu telah mengeluarkan krew kapal yang dipercayai milik Iran, Safiz, di Hodeidah itu bagi tujuan perubatan selepas Riyadh menerima permohonan mendapatkan bantuan daripada Tehran.

Sementara itu, SPA yang memetik seorang jurucakap perikatan, Turki-al-Malki mendakwa Iran membekalkan puak pemberontak Houthi dengan periuk api marin yang menyaksikan peningkatan ancaman dalam konflik Yemen selama empat tahun.

Laporan misi menyelamat disiarkan selepas serangan yang merosakkan empat buah kapal yang mana dua daripadanya adalah milik kapal tangki minyak Arab Saudi yang berada di perairan Emiriyah Arab Bersatu dilakukan dan dua dron puak pemberontak itu menyerang saluran minyak utama Arab Saudi.

Insiden tersebut menyaksikan Arab Saudi menganjurkan tiga sidang kemuncak memohon sokongan pemimpin Arab dan negara Islam bagi menentang Iran.

Bagaimananpun Tehran menafikan pembabitannya dalam serangan infrastruktur minyak itu dan menafikan negara tersebut membekal Houthi senjata.

Penafian itu dilakukan sebulan selepas kapal tangki Iran yang berada di pelabuhan Arab Saudi itu perlu dibaiki selepas mengalami ‘kerosakan enjin dan kegagalan kawalan’, kata Kementerian Minyak Iran dalam insiden kapalnya yang jarang berlabuh di negara rantau itu yang menjadi musuhnya. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.