Kapal tentera laut Marinero Fuentealba membuat persediaan untuk melihat tumpahan minyak di pantai selatan Patagonia, terletak kira-kira 250 kilometer dari Puerto Natales di bandar Magallanes, Chile. foto Agensi

SANTIAGO – Chile sedang menyiasat tumpahan minyak diesel berjumlah 40,000 liter di sebuah pulau di pantai selatan Patagonia, kata tentera.

CAP syarikat perlombongan melaporkan pada hari Sabtu bahawa tumpahan berlaku di terminal daratnya di Pulau Guarello, kira-kira 150 kilometer e utara bandar di Puerto Natales, dan bergerak ke perairan Pasifik Selatan.

Chile telah memulakan tindak balas kecemasan dan pencemaran.

Pasukan kawalan dijangka sampai ke pulau itu pada hari ini dan punca tumpahan sedang disiasat. – MalaysiaGazette