Pelancar peluru yang ditemui dalam bagasi seorang penumpang pesawat di Lapangan Terbang Baltomore, Maryland. foto Agensi

WASHINGTON – Pegawai keselamatan lapangan terbang Amerika Syarikat telah merampas pelancar peluru berpandu daripada bagasi milik seorang penumpang di Maryland.

Pelancar itu ditemui dalam bagasi yang diperiksa seorang lelaki bekerja untuk tentera.

Beliau memberitah pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Baltimore/ Washington bahawa pelancar itu adalah cenderahati dari Kuwait.

Pelancar itu telah diserahkan kepada bomba untuk dihapuskan dan lelaki itu dibenarkan meneruskan perjalanannya.

Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) dalam satu kenyataan memaklumkan lelaki itu adalah penduduk Jacksonville, Texas dan seorang anggota tentera.

Lelaki itu turut mendakwa, pelancar peluru itu bukan alat peranti hidup tetapi senjata tentera tidak dibenarkan dibawa dalam pesawat. – MalaysiaGazette