Seorang juruterbang dan pembantu juruterbang cedera selepas helikopter jenis Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang, awal pagi tadi.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan UMNO sejak meninggalkan jawatan presiden parti itu selepas kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.
Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan pandangan bahawa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi ruang sepenuhnya untuk menjalankan tugasnya tanpa sebarang kekangan atau masalah.
Surat permohonan peletakan jawatan dan pembatalan tauliahnya telah dihantar kepada pembantu Panglima Bahagian Pasukan Simpanan (AP BPS) Mejar Jeneral, Datuk Zainal Abidin Md. Said.
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekiranya didapati pemecatan itu tidak mengikut lunas undang-undang, maka tindakan membenarkan semula pegawai berkenaan bertugas termasuk membayar pampasan akan digunakan kerajaan.
PUTRAJAYA - Frasa "Saya Yang Menurut Perintah" yang telah digunakan oleh kerajaan sejak sekian lama akan diubah kepada "Saya Yang Menjalankan Amanah"
Perkara itu dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjawab soalan salah seorang peserta Town Hall bersama Pegawai...
Kelewatan pembayaran oleh kerajaan akan menjejaskan operasi syarikat kontraktor terlibat, dan menimbulkan risiko pemberhentian pekerja serta menjejaskan syarikat syarikat yang terlibat dalam rantaian perbekalan serta bank yang memberikan pinjaman
Beliau menyangkal dakwaan bahawa kos sara hidup akan meningkat kerana beliau yakin kesan kenaikan harga barang tidak akan sama seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, projek-projek tersebut adalah pembinaan dua bangunan pejabat Gred A di Jalan Bangsar dan Jalan Conlay, Kuala Lumpur, sebuah hospital dengan 300 katil di Sungai Penchala yang juga merupakan hospital terbesar milik KPJ dan sebuah gedung membeli-belah di Kuala Terengganu yang akan dipajakkan kepada rangkaian pusat membeli-belah dari Jepun, Sogo.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berkompromi dengan gejala rasuah yang cuba dibasmi oleh beliau.