Ahmad Dhani
Ahmad Dhani

JAKARTA – Selepas 11 bulan berada dalam penjara, penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani dibebaskan hari ini di Jakarta Timur.

Ahmad Dhani kelihatan diiringi pegawai penjara apabila meninggalkan penjara Cipinang pukul 9.30 pagi tadi.

Memetik laporan Kompas, Ahmad Dhani keluar dengan memakai kemeja-t berwarna hitam dan bersongkok selepas dihukum penjara 18 bulan setelah didapati bersalah menyebarkan mesej kebencian di Twitter.

Ahmad Dhani atau nama sebenarnya, Dhani Ahmad Prasetyo, 46, disambut dengan puluhan peminatnya yang menunggu seawal pagi di luar bangunan penjara tersebut.

Apabila ditanya mengenai kebebasannya, Ahmad Dhani berkata, beliau akan menjawabnya setelah tiba di kediamannya di Pondok Indah.

Turut kelihatan, isterinya, Mulan Jameela.

Bekas anggota kumpulan Dewa 19 itu ditahan pada 28 Januari lalu atas kesalahan menyebarkan mesej berunsur kebencian dalam tiga kenyataan di Twitter.

Hukuman yang dijatuhkan adalah selama setahun, namun dia dibebaskan awal sebulan selepas mendapat pengampunan untuk kes yang disabitkan. – MalaysiaGazette