ACW diinspirasikan daripada ayam goreng dari Korea tapi pastinya dengan sentuhan Malaysia serta diyakini halal.

KUALA LUMPUR – Penangan dan fenomena drama Korea atau K- Drama saat ini bukan sesuatu yang pelik.

Malah sejak sekian lama, daripada pelbagai lapisan umur, semua golongan meminatinya.

Ketika era pandemik pun dan saat membiasakan norma baharu duduk di rumah, pelbagai judul drama Korea muncul sebagai ‘juadah’ santapan di pelbagai platform termasuk yang distrim

Lalu atas paksi berkenaan juga pengusaha premis makanan terkenal, Amran Abd Hamid, 47, tampil memperkenalkan jenama ayam goreng sendiri dipanggil All Chicken World (ACW) sejak September tahun lalu.

Mengakui antara peminat setia K-Drama, pemegang Sarjana Muda Pentadbiran Korporat di ITM Shah Alam ini terdorong memasarkan ACW.

“Tak boleh dinafikan permintaan masyarakat terhadap apa sahaja dari Korea itu ada di negara kita. Termasuklah dramanya yang mampu merentap emosi dan mencuit hati.

“Barisan pelakon wanita dan lelaki mereka pun memang menawan. Saya ini setakat minat dramanya saja, nak ingat nama pelakon wanitanya nanti isteri pantau pula,” selorohnya.

Antara menu tarikan ACW termasuklah Jinjeong Set yang mempunyai lapan ketul ayam penuh limpahan cheese dan pedas.

Amran yang sebelum ini mengusahakan jenama Penyet Penyet.com dan dikenali dengan nama Dapur Penyet sejak 11 tahun lalu optimis dengan jenama ayam gorengnya itu.

“ACW diinspirasikan daripada ayam goreng dari Korea tapi pastinya dengan sentuhan Malaysia serta diyakini halal. Kita pasarkan drummet ayam sebagai sajian snek ringan.

“Sebelum ini kerisauan saya untuk mendapatkan ayam goreng enak dari Korea di Malaysia timbul kerana belum pasti sama ada halal atau sebaliknya

“Apabila mengusahakan sendiri, saya boleh pastikan ACW boleh dinikmati tanpa was was. Ia tidak menggunakan ayam yang diimport atau sejuk beku. Kita gunakan ayam tempatan dan segar yang disembelih di pusat penyembelihan bertauliah,” katanya.

Menurut Amran lagi, antara menu tarikan ACW termasuklah Jinjeong Set yang mempunyai lapan ketul ayam penuh limpahan cheese dan pedas.

“Kita juga tawarkan set Daebak Set, Gajong Set, Chingu Set selain Party Set. Jika tekak teringin ayam goreng Korea, pastikan ACW jadi pilihan. Rasanya memang ‘terangkat’.

“Tak perlu nak terbang ke Korea untuk menikmati semua ini di rumah. Jimat kos, apatah lagi nak rentas negara pun tak boleh sewenang wenangnya,” katanya.

Amran sebelum ini mengusahakan jenama Penyet Penyet.com yang dikenali dengan nama Dapur Penyet sejak 11 tahun lalu.

Kata Amran lagi, ketika ini ACW mempunyai dua kios fizikal di Alamanda, Putrajaya.

Selain itu, wujud lebih lima tapak virtual kitchen di beberapa lokasi di Ampang, Alam Damai, Alam Sentral dan Batu Caves

“Seiring dengan norma baharu memang ACW saat ini memberi tumpuan kepada bisnes dalam talian. Dibantu dengan platform dalam talian serta aplikasi penghantaran seperti Food Panda dan Grab Food, makanan yang datang kepada anda semua

“Biarpun perniagaan sedikit terjejas dengan pandemik semasa, terdapat peningkatan ketara jualan untuk ‘online delivery’ dengan lebih 30 peratus peningkatan setiap tahun.

“Malah satu kios boleh dianggarkan berjaya mendapat jualan dalam RM90,000 sebulan. Hampir separuh daripada jualan itu datang daripada transaksi dalam talian,” katanya yang turut merancang mengembangkan ACW ke seluruh negara

Atas kejayaan kios fizikal di Putrajaya juga menjadi titik tolak untuk pihaknya mengalu alukan pembabitan masyarakat untuk menjana pendapatan ketika dunia sedang diuji.

“Kami mahu mengajak mereka termasuk golongan suri rumah di luar sana menyertai cabang bisnes makanan dengan membuka francais baru. Kita akan sediakan kios lengkap dan ilmu kepada yang berminat dengan modal rendah.

“Ketika ini ‘central kitchen’ kita di Alam Damai menyediakan bekalan untuk disalurkan ke kios dan virtual kitchen.

Bagi yang berminat untuk turut serta boleh ke Instagram @allchickenworldmalaysia atau www.penyetpenyet.com dan tekan butang business opportunity.

Amran turut meĀ­nerima Anugerah BrandLaureate Bestbrands bagi kategori Brandleadership E Branding 2020 bagi perniagaan Penyet Penyet.com. – MalaysiaGazette