Home Dunia Delta Air Lines batal penerbangan akibat ribut salji

Delta Air Lines batal penerbangan akibat ribut salji

Gambar hiasan

WASHINGTON – Ribut salji yang melanda lebih awal di tenggara Amerika Syarikat memaksa Delta Air Lines membatalkan ratusan penerbangan, kira-kira dua minggu menjelang Krismas.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia terpaksa membatalkan 375 penerbangan pada tengah hari dan menggalakkan pelancong untuk mengubah rancangan perjalanan – tanpa menanggung bayaran perubahan – jika tempahan penerbangan melalui Atlanta pada hujung minggu.

Ramalan kaji cuaca mengeluarkan amaran cuaca musim sejuk yang jarang berlaku di selatan Amerika Syarikat.

Atlanta dijangka mendapat satu hingga dua inci salji tetapi itu sudah cukup untuk menyebabkan keadaan memandu berbahaya.

“Delta akan mengekalkan menangguhan operasi bagi memastikan penerbangan selamat dan terus bergerak,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan itu memberi amaran ia boleh “meningkatkan jumlah pembatalan atau penangguhan jadual penerbangan jika keadaan memerlukan, bergantung kepada keadaan cuaca. – MalaysiaGazette