Home Seni Hidup Faliq, Chryseis sudah bernikah?

Faliq, Chryseis sudah bernikah?

KUALA LUMPUR – Pewaris Kumpulan Naza, SM Faliq SM Nasimuddin dan tunangnya, Chryseis Tan, yang merupakan anak jutawan Tan Sri Vincent Tan dipercayai sudah melangsungkan pernikahan mereka hari ini.

Faliq merupakan anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

Pasangan itu telah bertunang semasa mereka berdua bercuti di Marrakesh pada Julai tahun lalu.

Berita perkahwinan pewaris dua kumpulan perniagaan besar di negara itu tercetus apabila gambar mereka dikongsikan oleh SM Nasarudin SM Nasimuddin dan isterinya, Marion Caunter melalui Instagram sebentar tadi.

“Congratulations lovebirds,” kata Nasarudin manakala Marion pula memberi ucapan “Congrats you two. Welcome to the club”. – MalaysiaGazette