Pasukan keselamatan Pakistan yang bertugas.Foto-IIRNA

ISLAMABAD – Lima pengganas terbunuh dalam kejadian serangan pasukan keselamatan, di wilayah Balochistan barat daya Pakistan semalam.

Menurut kenyataan Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), kejadian itu berlaku apabila pasukan keselamatan menjalankan operasi berhampiran  wilayah itu.

“Apabila tentera memulakan operasi pembersihan di kawasan itu, pengganas cuba melarikan diri dari kem mereka dan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan,” kata kenyataan yang sama.

ISPR berkata, pengganas itu terbabit dalam serangan ke atas pasukan keselamatan di wilayah itu baru-baru ini.–https://en.irna.ir/news/83653374/Five-terrorists-killed-in-police-operation-in-NW-Pakistan