Maghribi melakar kejutan mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar selepas menewaskan Portugal 1-0 dalam aksi suku akhir di Doha malam tradi. Photo Credit: Official Twitter Morocco Football Assiociation

DOHA – Maghribi mencipta sejarah sebagai negara pertama dari benua Afrika yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022 kali ini.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung malam tadi di Stadium Al Thumama, Doha itu, skuad terkenal dengan jolokan the Atlas Lions kendalian Walid RegraguiĀ  mengejutkan Croatia 1-0 dan mengesahkan kemaraan dalam temasya empat tahun sekali itu.

Ia menjadi pencapaian terbaik yang pernah diraih skuad itu di peringkat antarabangsa yang sebelum ini menewaskan pasukan gergasi Eropah iaitu Belgium dan Sepanyol dalam peringkat kumpulan dan pusingan ke-16.

Dalam aksi itu, Portugal menguasai perlawanan di atas padang sepanjang perlawanan.

Namun, Maghribi yang bermain dengan penuh berhati-hati dan kemas berjaya menantikan peluang sebelum mengatur serangan mengejut sebelum berjaya menjaringkan gol kemenangan itu menerusi tandukan Youssef En-Nesyri hasil hantaran Yahia Attiyat Allah pada minit ke-42 separuh masa pertama.

Portugal mendapat peluang keemasan untuk mengikat kedudukan seri dan menang menerusi Bruno Fernandez dan Pepe namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Pada minit masa kecederaan ke-92, seorang pemain Maghribi dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua malam tadi.

Namun, Portugal gagal memanfaatkan kelebihan melawan pasukan 10 pemain itu sebelum kecundang.-Agensi