R&R Tapah

KUALA LUMPUR – Nur Syazwanie, pemilik akaun yang didakwa menularkan tentang ‘rendang tok ada cicak’ di R&R Tapah baru-baru ini berkata, beliau tidak melakukan fitnah atau membuat cerita.

Sebaliknya, beliau memberitahu, segala perincian penyataan telah diberikan kepada PLUS.

Namun, katanya, segala perincian laporan yang diberikan kepada PLUS telah didedahkan oleh pengendali lebuh raya itu kepada pemilik syarikat berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Nur Syazwanie selepas syarikat Myza Bella Enterprise yang mengusahakan Rendang Tok di medan selera R&R Tapah menafikan dakwaan wanita itu dan meminta Nur Syazwanie memohon maaf dan menarik semula posting yang ditularkan pada 3 Januari lalu.

Fitnah rendang tok, dua individu dituntut mohon maaf

Tegas Nur Syazwanie, beliau adalah dari keluarga yang masih mampu membeli makanan sendiri, oleh yang demikian tidak perlu menabur fitnah untuk mendapat makanan percuma.

“Kalau nak bagi pun kami tak nak…we have our own money….Anda pengguna tapi pengguna ternyata tak diberi hak bersuara jika ada kes mcm ni ..,” sindirnya sambil mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam memilih kedai makanan.

Semalam, Nur Syazwanie memuji pemilik Myza Bella Enterprise yang berani muncul di media sosial dan membuat kenyataan berhubung posting yang ditularkan.

Lagi kes termakan ‘hidangan’ cicak

Nur Syazwanie berkata, pihaknya akan berurusan dengan ibu pejabat PLUS dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – MalaysiaGazette