Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Caruman Sukarela di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang disertai 904,000 merekodkan sejumlah RM8.4 bilion caruman.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, caruman berkenaan terhad kepada RM100,000.

Menjawab strategi kerajaan dalam mengatasi masalah 35% ahli KWSP berumur 54 tahun yang simpanan mereka untuk hari tua berada di bawah RM10,000 sahaja, beliau berkata, melalui Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 setahun bagi caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup bagi seorang individu.

Soalan itu ditanya oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (PKR).

Menurut Amir, kerajaan turut memberikan insentif caruman padanan 50% bagi setiap ringgit yang dicarumkan ke dalam Skim KWSP oleh suri rumah di bawah umur 55 tahun yang berdaftar dalam pangkalandata e-Kasih di bawah program i-Suri untuk menerima insentifseumur hidup sebanyak RM3,000 setiap individu tertakluk kepada insentif padanan maksimum sebanyak RM300 setahun.

Selain itu, KWSP juga menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli mencarum ke Kmajikan mereka boleh memilih untuk mencarum melebihi kadar KWSP.

Bagi ahli yang bekerja dan mempunyai caruman berkanun syer pekerja iaitu 11% pada bila-bila masa.

Setakat 31 Disember 2023, seramai 210,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun bagi caruman pekerja.

Terdapat pelbagai lagi insentif dan program yang diperkenalkan, antara yang lainnya berbeza sedikit daripada tahun-tahun lalu, pada tahun 2023, insentif caruman sebanyak RM500 secara oneoff diperkenalkan bertujuan untuk membantu ahli yang mempunyai
simpanan yang rendah dan menghampiri usia persaraan untuk menambah dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka. – MalaysiaGazette