Foto hiasan

BEIJING – Jumlah kematian yang disahkan akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada sekurang-kurangnya 563 selepas pihak berkuasa melaporkan 73 kematian baharu di wilayah Hubei pada hari ini.

Dalam laporan hariannya, Suruhanjaya Kesihatan di Hubei turut mengesahkan 3,694 kes baharu.

Suruhanjaya berkenaan turut mengesahkan jumlah pesakit yang telah dijangkiti virus baharu itu kini meningkat kepada 28,018 orang di seluruh dunia.

Semalam, seorang pegawai kerajaan di Wuhan, Hu Lishan memberi amaran di sebalik usaha untuk membina hospital dan menukar bangunan-bangunan kerajaan bagi memberi kemudahan kepada ribuan pesakit, masih terdapat kekurangan ketara daripada segi katil di rantau tersebut. – Agensi