PARIS – Syarikat barang mewah Louis Vuitton (LVMH) mengesahkan telah mengadakan “perbincangan awal” untuk membeli syarikat emas Tiffany,

Kenyataan itu menyusuli laporan LVMH telah membuat tawaran AS$14.5 bilion untuk membeli syarikat itu.

“Kumpulan LVMH mengesahkan ia telah mengadakan perbincangan awal mengenai transaksi dengan Tiffany,” katanya.

LVMH dimiliki oleh lelaki terkaya Perancis, Bernard Arnault yang mengeluarkan pelbagai barangan mewah termasuk pakaian, kosmetik, minyak wangi, minuman, aksesori fesyen termasuk beg tangan LV.

Ia juga pemilik jenama Christian Dior, Givenchy dan Kenzo.

Tawaran Tiffany itu bernilai kira-kira AS$120 sesaham.

Penganalisis berkata, LVMH berminat untuk berkembang di Amerika Syarikat, yang mana Tiffany diasaskan.

LVMH mempunyai 75 jenama, 156,000 pekerja dan rangkaian lebih daripada 4,590 kedai, manakala Tiffany memiliki lebih dari 14,000 orang pekerja dan mengendalikan kira-kira 300 kedai, termasuk kedai utamanya di Fifth Avenue di New York. – MalaysiaGazette