Wednesday, April 17, 2024
Home Tag Anak tiri

Tag: anak tiri

Isteri CEO Cradle Fund, anak akan didakwa di mahkamah petang ini

Ketiga-tiga mereka akan didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

PKR Terengganu kecewa dianaktirikan

Mohd. Al Amin mendakwa tidak ada seorang pun dalam kalangan pemimpin PKR negeri itu dilantik sebagai Ahli Dewan Negara apatah lagi hendak menghulurkan bantuan kepada rakyat di negeri itu.

Kes dera anak tiri: ‘Boy Tiger’ direman tujuh hari

Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Boy Tiger' ditahan reman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini berhubung kes dera sehingga menyebabkan kematian anak tirinya yang berusia tiga tahun minggu lepas.

Dera anak tiri: Boy Tiger ditangkap

[email protected] KONGSI ARTIKEL Share Tweet Share KUALA LUMPUR: Selepas empat hari menghilangkan diri, lelaki yang diburu kerana disyaki mendera anak tirinya sehingga meninggal dunia, Khairul Izaini Khairuddin, 31, atau dikenali sebagai 'Boy Tiger', akhirnya ditahan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan pada jam 11 pagi tadi di Hospital Kajang. Katanya, ketika itu suspek mahu melawat isterinya, Noraini Samian, 20, yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan anak. "Ketika ditahan, suspek yang berusia 31 tahun sedang melawat isterinya yang mendapatkan rawatan di sana. "Difahamkan, wanita berusia 20 tahun yang turut dicari polis itu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan bayi lelaki di sebuah homestay di Hulu Langat, awal pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini. Fadzil berkata, selain suspek lelaki itu, polis turut menahan wanita berkenaan untuk siasatan bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Suami isteri berkenaan akan direman pada esok hari dan bayi mereka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan sementara," katanya. Menurut Fadzil, selain kes membabitkan kanak-kanak tiga tahun berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor turut menyiasat dua lagi kes penderaan kanak-kanak di Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jumaat lalu, NSTP melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Khairil Akmal Abdul Rahman, maut dipercayai akibat didera. Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas 30 minit dihantar ke Hospital Ampang oleh bapa tiri serta ibu kandungnya. Susulan itu, bapa tiri serta ibu kanak-kanak berkenaan kemudian melarikan diri dan diburu polis.

Kes bunuh CEO Cradle Fund : Dua anak tirinya ditahan polis

Kedua-dua remaja lelaki yang masing-masing berusia 14 dan 16 tahun itu ditahan semalam di Taman Tun Dr Ismail kira-kira 4 petang.

Bapa tiri cabul anak ditahan

Mangsa mendakwa dicabul bapa tirinya di dalam bilik sebuah hotel di sini kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Riza Aziz tampil beri keterangan di SPRM

Anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak, Riza Aziz, 48, memasuki perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 1.32 petang bagi merakamkan keterangan.