Tag: Bukit Aman
Mohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ baharu – PDRM
Jawatan lama Mohd Shuhaily akan disandang oleh Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.
Penyerahan Bendera Sempena Kejohanan ‘World Police and Fire Games Winnipeg’ 2023
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Pitchay bergambar kenangan bersama atlet pada Majlis Penyerahan Bendera kepada atlet sempena Kejohanan World Police and Fire Games (WINNIPEG) 2023 di Dewan Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM,25 JULAI 2023.
Siti Kasim tidak buat laporan terima ugutan
Siasatan bergantung pada bukti, kena tengok siapa mangsa, dari situ kita mungkin dapat petunjuk. Mungkin masalah perniagaan, masalah sakit hati, keluarga , hutang dan pelbagai motif yang boleh digunakan untuk balas dendam.
Polis terima 8 aduan diperdaya pemilik kelab bola sepak
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua laporan itu telah dibuat oleh mangsa-mangsa dari dua negeri.
Jenayah indeks dalam negara turun – Razarudin
Daripada jumlah itu, sebanyak 16,518 kes berjaya diselesaikan polis dalam tempoh tersebut dengan peratus penyelesaian kes sebanyak 64.8 peratus berbanding dengan sasaran awal 45 peratus.
Jangan pilih bulu dalam siasatan kes – Razarudin
Razarudin berkata, peringatan tegas itu diberikan kerana masyarakat memerhati dan menilai PDRM berdasarkan kebolehupayaannya membendung jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa penjenayah.
Polis siasat Sanusi isu dakwaan hina Sultan Selangor – Razarudin
"Selain Sanusi, kita juga sedang menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Mahahir Mohamad, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selain beberapa NGO yang berkaitan politik selain figura-figura politik," ujar Ketua Polis Negara.
Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo ditahan direman
Polis akan menyemak dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Agensi Suruhanjaya Sekuriti untuk menentukan sekiranya Jasmine berada dalam senarai dikehendaki oleh kedua-dua pihak tersebut. - Tan Sri Razarudin Husain@Abdul Rasid.
Enam anggota polis berkaraoke dicekup JIPS Bukit Aman
Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi tadi mengesahkan tangkapan enam anggota polis tersebut.
3R: Abdul Hadi Awang disiasat Bukit Aman
Siasatan mendapati Abdul Hadi mendakwa bahawa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan yang diamalkan oleh negara barat. - Deputi Komisioner Datuk Suresh Kumar G. Suppiah.

















