Tag: Harris Idaham Rashid
Tarik balik darjah kebesaran Rais langkah wajar pelihara kehormatan Istana
Tindakan beliau yang cuba menjustifikasikan gerakan penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar atas kapasiti jawatan penasihat undang-undang luak didapati sengaja mengeruhkan krisis adat sekali gus mencabar keabsahan institusi tertinggi negeri.
Armada tuntut siasatan penuh pelajar UiTM dakwa ditampar Ketua UMNO Beruas
Penafian oleh Azhar tidak mencukupi untuk menutup atau menyelesaikan isu berkenaan, sebaliknya siasatan menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak berkuasa kerana ia melibatkan dakwaan perbuatan jenayah di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan.
Tak perlu bubarkan PN untuk hidupkan semula Muafakat Nasional – Armada
Segala gagasan yang dibawa atas nama MN hanya mampu direalisasikan sekiranya ia berpaksikan realiti kuasa dan mandat rakyat, dengan Perikatan Nasional dilihat sebagai platform paling hampir untuk menjayakan agenda tersebut.
Kekalahan PH pada PRN Sabah tamparan hebat kepada PM – Harris...
Sekiranya DAP gagal menyumbang kerusi seperti yang diharapkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kedudukan PH sebagai Kerajaan Persekutuan berada dalam keadaan rapuh
DAP hangatkan isu UEC atas kepentingan politik sempit – Armada
Armada berpendirian tegas menolak pengiktirafan UEC bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), perkhidmatan awam serta sektor berkaitan.
Keputusan mahkamah tolak reman satu kemenangan untuk rakyat
Ketua penerangan parti itu, Harris Idaham Rashid berkata, keputusan berkenaan membuktikan tiada asas kukuh untuk menahan mereka yang hanya menggunakan hak untuk berhimpun secara aman.
Semua dewasa dapat RM100 bercanggah prinsip subsidi bersasar – Armada
“Sepatutnya, kerajaan menaikkan nilai bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan supaya lebih memberi impak, bukannya diagihkan kepada individu yang sudah mempunyai kekayaan luar biasa,” Harris Idham Rashid
Armada turun padang Julai ini bersama rakyat di seluruh negara
Langkah itu bertujuan memperkukuhkan hubungan akar umbi serta membawa suara anak muda terus ke tengah-tengah denyut nadi masyarakat.
Akmal jangan selesa dengan mandat rakyat pada 2021
Landskap politik telah banyak berubah khususnya dengan impak kemasukan undi 18 tahun dan pendaftaran automatik yang belum dikuatkuasakan pada 2021.
Teguran Harris Idaham satu pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang Rafizi – AMK
Teguran itu sebagai satu bentuk pengiktirafan tidak langsung terhadap sumbangan cemerlang Rafizi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.














