Tag: Hishamuddin Hashim MHO
MHO akan dedah penipuan pas rekalibrasi tenaga kerja
“Program RTK 1.0 dan 2.0 yang diusahakan dengan kerjasama antara JIM dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sebenarnya agak bagus untuk sektor-sektor terjejas kerana Covid-19 tapi hakikatnya pada masa sama begitu banyak isu penipuan membabitkan program ini,” kata Hishamuddin.
Koperasi didakwa gadai emas tanpa pengetahuan pelabur
Difahamkan koperasi itu juga mempunyai keahlian lebih 1,000 dan jangkaan kerugian mangsa yang belum tampil kira-kira lebih RM70 juta.
Tipu pakej umrah: Respon pantas KPDN dipuji MHO
“Alhamdulilah, Menteri sangat efisyen dan segera memberikan maklumbalasnya. Terima sangat, MHO dan semua mangsa sangat hargai komitmen ini. Pada kita, biarlah isu ini dengan segera diselesaikan apatah lagi apabila kita berdepan dengan mangsa khasnya golongan b40 yang hendak tunaikan umrah, bukannya pergi melancong,”
84 warga emas ditipu syarikat pelabur, rugi lebih RM12 juta
“Bayangkan kerugian lebih RM12 juta, syarikat itu hilang begitu sahaja dan walaupun kumpulan ini cuba berhubung dengan syarikat tersebut hanya diamkan diri dan tidak layan sejak 2018 sehingga kini. Ada juga laporan sudah diklasifikasikan sebagai ROR atau Rujuk Laporan Lain," kata Hishamuddin.
Apa perkembangan aduan penipuan ratusan juta pelaburan syariah? – MHO
“Apa yang kita risau ialah apabila penipuan pelaburan berlandaskan syariah yang berjaya mengaut keuntungan ratusan juta ini melibatkan dalam kalangan individu ternama dalam institusi perbankan," kata Hishamuddin.
MHO tidak kutip dana awam selamatkan mangsa sindiket pemerdagangan
Hishamuddin yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, kebanyakan misi menyelamat mereka akan ditaja dan dibiayai oleh individu, badan bukan kerajaan (NGO) selain kutipan daripada ahli MHO itu sendiri.
Masih ada 30 rakyat Malaysia terperangkap di Myanmar- MHO
“Kita gagal menyelamatkan mangsa lain dan tidak tahu bagaimana hendak selamatkan mereka tanpa sebarang bantuan pihak berwajib. Saya harap sangat perkara ini menjadi fokus penting dan kerajaan juga membantu golongan ini," kata Hishamuddin.
MHO gesa tanah rizab Melayu yang dipindah milik dikembalikan
“Melihat situasi ketika ini, kita tidak menolak ada kemungkinan berlakunya pemindahan tanah-tanah rizab Melayu yang dipindah milik secara salah dan berlaku kesilapan dikembalikan kepada status quo," kata Hishamuddin.
MHO tak gentar dengan tindakan saman
Seingatnya, dia tidak mendedahkan nama syarikat dalam sidang media kelmarin sebaliknya syarikat yang terbabit telah tampil sendiri, secara tidak langsung mengesahkan keterlibatan mereka dengan laporan pengadu-pengadu tentang saham Islamic Redeemable Shares (RPS-i) ini.
MHO seru lebih banyak NGO Islam kecam perbuatan bakar Al-Quran
“MHO menyeru dan menggesa umat Islam di seluruh dunia, gerakan Islam yang ada serta NGO-NGO di Malaysia untuk mengecam tindakan Islamofobik ini sebagai tanda solidariti dan kesatuan umat Islam mempertahankan maruah umat Islam untuk terus menekan Sweden agar mengambil tindakan terhadap si pelaku,”














