Saturday, May 25, 2024
Home Tag Kementerian dalam negeri

Tag: kementerian dalam negeri

Program ‘Immigration Run’ 2022 di Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (dua kanan) melakukan 'flag off' Program Larian 'Immigration Run' 2022 di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya. Foto MUHD NA'IM 04 SEPTEMBER 2022.

Portal Aduan Buli Dilaporkan Secara Terus Kepada KPM

Pelajar menggunakan Portal Aduan Buli yang menjadi tempat aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM) selepas Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat di SMK Putrajaya Presint 14 (1) Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2022

Hamzah Zainudin Hadir Pelancaran Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan Selamat

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin meluangkan masa melawat tapak pameran selepas Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera Sepakat dan Selamat di SMK Putrajaya Presint 14 (1) Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2022.

Kastam Tumpaskan Penyeludupan Arak Bernilai RM1.2juta

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Fazilah Ariff (dua kanan) menunjukkan minuman keras yang berjaya dirampas sebelum diseludup pada sidang media di Bahagian Penguatkuasaan KDRM, Dengkil, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 OGOS 2022.

PM Hadir Majlis Apresiasi Kementerian Dalam Negeri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin beramah mesra bersama tetamu kehormat yang hadir selepas Majlis Apresiasi Kementerian Dalam Negeri ketika di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2022.

Road March – Peringatan Hari Polis Ke 215

Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan demonstrasi ketika program 'Road March' sempena Peringatan Hari Polis ke-215 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 JULAI 2022.

Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kuala Lumpur

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Kassim bergambar kenangan dengan penerima pingat pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 28 JULAI 2022.

Flag Off Kempen Anti-Scam PDRM 2022 (Awie Ride)

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, YDH DCP Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat (kanan) melakukan pelepasan konvoi yang diketuai penyanyi, Datuk Awie pada Program Flag-Off Kempen Anti-Scam PDRM 2022 di Dewan PULAPOL, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 19 JULAI 2022.

Hamzah Zainudin Hadir Majlis Apresiasi JKPS

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bergambar bersama penerima sijil Apresiasi JKPS selepas hadir ke Majlis Apresiasi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 (JKPS) di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri. Foto MOHD ADZLAN, 28 JUN 2022.

Imigresen Berjaya Tumpaskan Kegiatan Sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menunjukkan pasport yang dirampas selepas berjaya menumpaskan kegiatan sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) yang berselindung disebalik agensi pekerjaan haram yang didalangi oleh seorang lelaki warganegara Bangladesh ketika di Jabatan Imigresen Malaysia, Kompleks Kerajaan Parcel D, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2022.