Tag: KUSKOP
Usaha berterusan masih diperlukan kurangkan kos pembiayaan PMKS
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata perkara itu amat penting ketika negara sedang berdepan Krisis Bekalan Global susulan ketidaktentuan geopolitik dan geoekonomi akibat konflik Timur Tengah yang telah menyumbang kepada peningkatan kos operasi PMKS.
KUSKOP sumbang kira-kira 40 ekor lembu korban, mualaf antara penerima
Antara agensi yang turut menyumbang termasuk UDA Holdings, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), TEKUN Nasional, ANGKASA dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
KUSKOP sambut baik dana RM5 bilion BNM, fokus kukuh pembiayaan PMKS
Steven berkata, inisiatif itu tepat pada masanya dalam membantu PMKS yang terjejas akibat gangguan rantaian bekalan global susulan konflik Asia Barat yang berterusan.
Kuskop, TNB kerjasama sokong PMKS melalui kecekapan kos, peralihan tenaga
Selain itu, Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, usaha akan dipergiat untuk memperluas penggunaan skim Time-of-Use (ToU) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kalangan PMKS melalui kempen bersama bagi membantu perniagaan mengoptimumkan penggunaan elektrik dan seterusnya mengurangkan kos operasi.
Nasi Lemak Saleha: Bermula tepi jalan kini jual 15,000 bungkus sehari
Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam tampil berbangga dengan perniagaan Nasi Lemak Saleha bermula dengan hanya menjual dari meja lipat di bawah payung di tepi jalan dengan makanan dimasak sendiri dari rumah dan dibungkus secara manual.
Hampir RM4 bilion disalur bantu usahawan tempatan – Steven Sim
Tak kira peniaga kecil, penjaja atau usahawan SME, asalkan perniagaan orang Malaysia, saya bertekad untuk bantu semua dengan misi hebatkan perniagaan Malaysia,” kata Steven Sim.
Kuskop luluskan 5,590 permohonan Skim Barakat bernilai RM35 juta
Inisiatif ini ternyata telah membantu ramai usahawan mikro untuk mendapatkan pembiayaan segera bagi menampung permintaan yang meningkat menjelang musim perayaan.
Steven agih kurma buat 535 warga KUSKOP
Menariknya, Steven meluangkan masa turun ke setiap aras bangunan kementerian untuk beramah mesra serta bertanyakan khabar warga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), sekali gus mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kementerian.
KUSKOP, Tiktok Tingkatkan Kerjasama Jadi Pemudahcara Usahawan – Steven Sim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata kemudahan TikTok Shop Live Hub akan diperluas ke lebih banyak negeri bagi membantu usahawan tempatan memanfaatkan platform digital untuk memasarkan produk mereka secara lebih berkesan.
RM3 Bilion Dana DEWI Bakal Perkasa 300,000 Usahawan Wanita Pelbagai Peringkat...
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong mengumumkan pelancaran Inisiatif Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI) berjumlah hampir RM3 bilion bagi memperkasakan ekosistem Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) milik wanita di Malaysia.

















