Tag: LHDNM
LHDNM umum lantikan dua portfolio baharu
Hisham, yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) dilantik sebagai Ketua Pegawai Integriti, bertanggungjawab memastikan kecekapan pengurusan aduan integriti pegawai LHDNM berada pada tahap yang cemerlang selari dengan penguatkuasaan Dasar Pemberian Maklumat.
LHDNM sekat perjalanan 182,666 individu ke luar negara
Jumlah ini melibatkan sebanyak 171,571 bilangan kes individu yang mempunyai tunggakan cukai pendapatan, manakala sebanyak 11,095 kes adalah bagi individu yang mempunyai tunggakan cukai keuntungan harta tanah.
Majikan perlu sedia, serah penyata EA, EC pada 29 Feb ini
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berkata, berdasarkan peruntukan subseksyen 83 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), majikan bertanggungjawab untuk menyedia dan menyerahkan Borang C.P. 8A (EA) / C.P.8C (EC) atau penyata saraan EA dan EC dengan lengkap setiap tahun mengikut tarikh yang ditetapkan kepada semua pekerja.
Semak tunggakan cukai sebelum rancang percutian luar negara
Sehingga 31 Disember 2023, bilangan kes sekatan perjalanan melibatkan pengarah syarikat adalah sebanyak 12,846 kes manakala indvidu adalah sebanyak 179,719 kes.
Program Memfail BN 2024 sudah dimuat naik di portal LHDNM
Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi Tahun 2024 telah dimuat naik pada portal rasmi sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BN mereka pada tahun 2024.
Banjir: Pejabat Satelit LHDNM Pasir Mas, Hulu Terengganu ditutup
Penutupan sementara ini juga dilaksanakan bagi membolehkan segala urusan pemindahan dan pembersihan dapat dilakukan sewajarnya demi menjamin keselesaan para pelanggan.
Abu Tariq dilantik CEO LHDNM yang baharu
Beliau menggantikan Datuk Seri Dr. Mohd Nizom Sairi yang telah tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember 2023.
Pejabat Satelit LHDNM di Klang kini di First Tower
Kaunter-kaunter ini akan beroperasi di lokasi baharu yang dikenali sebagai Pejabat Satelit Klang mulai 4 Disember 2023.
Tarikh akhir kemuka e-filiing pada 15 Mei 2023
Pembayar cukai adalah disarankan untuk mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.
Nombor rujukan TIN dibenarkan sebagai rujukan pembayaran cukai
LHDNM bersetuju untuk membenarkan lanjutan masa sehingga 20 Januari 2023 bagi pembayaran semua jenis cukai kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem dan tiada sebarang kenaikan dikenakan ke atas kelewatan pembayaran cukai-cukai tersebut.












