Tag: Palestin
Turki, Malaysia, Qatar bincang serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa, Palestin
"Presiden Erdogan melahirkan keyakinan bahawa Turki dan Malaysia akan bertindak menerusi kerjasama rapat dalam semua platform yang relevan khususnya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)," kata kenyataan itu.
Malaysia kena lebih kuat bersuara kutuk serangan Israel – PPIM
Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, kerajaan Perikatan Nasional perlu mengambil langkah drastik dengan memainkan peranannya di arena antarabangsa.
Malaysia mahu kerajaan Israel bertanggungjawab
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, apa yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin termasuk serangan di Masjid Al Aqsa baru-baru ini telah melanggar undang-undang antarabangsa.
Masihkah ada harapan Palestin yang merdeka?
Menteri luar negeri Arab Saudi, Faisal Farhan meminta masyarakat antarabangsa untuk melakukan lebih banyak usaha bagi menghidupkan kembali proses damai yang akan mencapai penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka di sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
Penyelesaian yang adil, menyeluruh untuk Palestin
Peluang perdamaian dan cabaran semasa
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 8 Disember 2020 lalu telah mengadakan
seminar maklumat mengenai konflik Israel-Palestin, peluang perdamaian dan cabaran
semasa.
Acara yang diadakan setiap tahun itu bertujuan untuk mengumpulkan wartawan, pakar
media, kumpulan pemikir, diplomat dan ahli akademik dari Palestin, Israel, Timur Tengah,
Eropah, Amerika Syarikat dan bahagian lain di dunia untuk membincangkan isu-isu dan
trend media yang berkaitan dengan konflik Israel - Palestin.
Pengarah Simposium dan Ketua Setiausaha Jenderal Jabatan Komunikasi Global PBB,
Melissa Fleming membacakan pesanan daripada Setiausaha Jeneral, Antonio Guterres
yang menyatakan:
“29 tahun yang lalu, acara tahunan ini dilahirkan untuk membantu meningkatkan keamanan
dan persefahaman antara Israel dan Palestin. Sayangnya, kemungkinan mencapai
perdamaian ini sekarang jauh lebih mencabar daripada sebelumnya."
Tambahnya, beliau memahami rasa putus asa yang mendalam dalam kalangan rakyat
Palestin dengan menyatakan bahawa impian satu generasi demi generasi telah luntur oleh
konflik lebih setengah abad berikutan penjajahan yang berlaku.
Setiausaha Agung PBB itu juga turut mengakui prihatin dan menzahirkan aspirasi rakyat
Palestin untuk hidup dalam keamanan dan kedamaian.
Melissa Fleming dengan tegasnya berkata, beliau akan terus bersuara menentang sebarang
usaha yang merosakkan perdamaian dan menjauhkan kedua-dua pihak dari rundingan yang
membina, mendesak para pemimpin Israel dan Palestin untuk meneruskan dialog yang
bermakna serta menyambut semua inisiatif antarabangsa yang dapat membantu
merealisasikan perdamaian yang adil dan menyeluruh antara kedua-dua bangsa tersebut.
Solidariti, ketegasan dan media
Perbincangan panel itu diadakan beberapa hari selepas perayaan Hari Solidariti
Antarabangsa dengan Rakyat Palestin, yang bertepatan dengan penerimaan Resolusi Majlis
Umum 181 yang membahagikan Palestin menjadi dua negara.
Ketua Jawatankuasa Pelaksanaan Hak-hak yang Tidak dapat Dielakkan daripada Rakyat
Palestin, Sheikh Nian mengatakan bahawa inilah waktunya yang mana rakyat Palestin tidak
hanya perlu menyatakan solidariti, tetapi juga memerlukan tindakan penegasan.
"Setelah 73 tahun, hanya satu negara yang didirikan dan sebuah negara Palestin belum
ditubuhkan," tegas Fleming.
Menurut sejarah, sejak tahun 1967 lagi berjuta-juta rakyat Palestin hidup dalam kepungan di
tanah air mereka sendiri atau sebagai pelarian tidak dapat kembali ke kediaman mereka
semula.
Selain itu, dalam beberapa tahun terakhir ini media telah mengarahkan konflik lain di wilayah
tersebut dan memusatkan perhatian kepada beberapa aspek konflik iaitu mengenai
perjuangan damai jutaan rakyat Palestin yang menginginkan kehidupan yang lebih baik.
Jelas di sini, satu-satunya cara untuk mencapai perdamaian di Timur Tengah adalah melalui
penyelesaian damai konflik Palestin-Israel.
Media juga berperanan penting dan besar dalam meningkatkan kesedaran, memberi
maklumat yang tepat lagi jelas kepada orang ramai serta berperanan mendokumentasikan
sejarah tersebut.
Pandemik beri kesan mendalam
Pandemik COVID-19 menimbulkan cabaran di wilayah Palestin yang dijajah. Penjajahan
tersebut telah mengakibatnya berlakunya sekatan terutama ketika mengenakan tindakan
penutupan di kawasan-kawasan di bawah kawalan Palestin dan Israel.
Tahap kemiskinan telah meningkat dan dengan pembongkaran rumah terutamanya di
Jerusalem yang diduduki, penderitaan rakyat Palestin di daerah-daerah itu semakin
memburuk.
“Gaza sudah mengalami sistem kesihatan yang kekurangan banyak sumber daya yang
diperlukan. Kami menderita masalah kesihatan, kekurangan ubat-ubatan, dan masalah
dengan kepakaran dan kakitangan perubatan,” kata Pegawai Sistem Kesihatan di pejabat
Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Gaza Dr Khaled Abu Samaan.
Dengan adanya wabak seperti Covid-19 ini, keadaan menjadi semakin parah dan masalah
meningkat, sama ada dengan peningkatan permintaan terhadap sistem kesihatan
khususnya disebabkan oleh peningkatan kemiskinan, dan pengangguran akibat daripada
faktor pandemik dan ekonomi.
Menurut laporan, pada akhir tahun lalu dianggarkan lebih 30,000 orang telah dijangkiti
Covid-19 yang mana kira-kira 10,000 kes aktif, 364 kes memerlukan kemasukan ke hospital
untuk rawatan, 229 kes daripadanya di bawah terapi oksigen berterusan atau serius dan
kritikal, 47 kes di ventilator, kadar kematian adalah 0.7 peratus dan kadar kes positif adalah
14 peratus daripada jumlah ujian yang dilakukan di Gaza.
Manakala yang terbaharu di Tebing Barat yang menjadi penempatan 2.8 juta rakyat Palestin
setakat ini merekodkan lebih 108,000 kes positif Covid-19 termasuk 1,325 kematian.
Seterusnya Gaza yang dibelenggu kemiskinan dan didiami dua juta penduduk pula
mencatatkan lebih 51,000 kes positif termasuk 523 kematian.
Atriza Umar
Jabatan Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Wilayah Palestin di bawah bidang kuasa ICC
Bensouda mendapati berlaku "perang jenayah telah atau sedang dilakukan di Tebing Barat, termasuk Jerusalem Timur, dan Jalur Gaza'' pada bulan Desember 2019.
Covid-19: Palestin beri vaksin pertama kepada penduduk, dapat dari WHO bukan...
Malah jika penghantaran vaksin itu menjadi kenyataan, ia mungkin mengambil masa selama beberapa bulan untuk mengurus vaksin yang mencukupi bagi mengawal penularan Covid-19 di Tebing Barat dan Gaza yang dicerobohi Israel yang mana kedua-dua kawasan itu mempunyai 4.5 juta warga Palestin.
Cabaran besar Presiden Joe Biden
Masyarakat Palestin tidak akan dapat melupakan apa yang telah dilakukan oleh Trump terhadap tanah air mereka. Pada penghujung tahun 2017 yang lalu, Donald Trump telah mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara mutlak milik Israel, sekaligus menafikan hak masyarakat Palestin untuk menubuhkan negara sendiri dengan menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Mahmoud Abbas umum Pilihan Raya Palestin
Keputusan presiden untuk mengadakan undian pemilihan Majlis Perundangan Palestin yang sudah lama tidak berfungsi akan berlangsung pada 22 Mei 2021, diikuti dengan pemilihan presiden pada 31 Julai.
Merealisasikan sebuah pembebasan
Sedarkah kita bahawa keadaan di Palestin tidak pernah aman sejak negara haram Israel ditubuhkan pada tahun 1948? Dan sejak itulah rakyat Palestin berjuang untuk membebaskan tanah air mereka.

















