Friday, April 19, 2024
Home Tag Pengganas

Tag: pengganas

Tangki bahan bakar Jeddah terbakar akibat serangan pengganas

Al-Maliki mengatakan serangan itu adalah kesinambungan dari tindakan pengganas yang menyasarkan kemudahan minyak di Abqaiq dan Khurais menggunakan serangan peluru berpandu buatan Iran dan dron bersenjata.

Macron mahu Eropah perkukuh keselamatan

PARIS - Eropah mesti memikirkan semula keselamatan Schengen, termasuk yang memerlukan perlindungan , kata Presiden Emmanuel Macron. Amaran itu dikeluarkan selepas serangan di Perancis dan Austria. Kawalan yang lebih ketat diperlukan untuk mengekang imigrasi secara rahsia, kata Macron, sambil menambah kumpulan penjenayah memperdagangkan pendatang haram ke Eropah sering dikaitkan dengan rangkaian pengganas. "Saya memilih untuk merombak Schengen secara mendalam dengan memikirkan semula organisasinya dan memperkukuhkan keselamatan sempadan bersama" kata Macron semasa kunjungan ke sempadan Franco-Sepanyol. Macron memaklumkan beliau akan mengemukakan cadangan kepada rakan-rakan Kesatuan Eropah pada sidang kemuncak bulan Disember ini. Perancis akan memberikan sokongan dan berharap Jerman akan menyertai rancangan itu, kata seorang sumber kerajaan dengan menyebut Belanda dan Austria sebagai sekutu lain. Eropah mengalami dua serangan pada minggu lalu yang melibatkan penyerang yang bergerak bebas antara negara anggota Schengen. Pada 29 Oktober lalu, seorang lelaki Tunisia membunuh tiga orang di sebuah gereja di Nice. Suspek, Brahim Aouissaoui didakwa telah tiba di pulau Lampedusa di Itali, yang terletak di Afrika Utara, lima minggu sebelumnya. Setelah dipindahkan, Aouissaoui melakukan perjalanan ke Perancis dengan kereta api beberapa jam sebelum melancarkan serangannya. Sementara itu, penyerang yang membunuh empat orang di Vienna pada hari Isnin melakukan perjalanan ke negara jiran Slovakia pada bulan Julai dalam usaha membeli peluru, kata pegawai Austria. Macron mengatakan serangan baru-baru ini adalah peringatan kepada Eropah bahawa "risiko pengganas ada di mana-mana". Menteri Luar Negeri Itali Luigi Di Maio minggu ini juga mendesak Eropah untuk meningkatkan pertahanannya terhadap keganasan dan sekali lagi menekankan perlunya rombakan undang-undang imigrasi di Kesatuan Eropah. - MalaysiaGazette

Polis Austria buru individu ada kaitan dengan pengganas

Sebelum ini, Nehammer berkata, suspek yang bernama Kujtim Fejzulai adalah pengganas Islam, dipenjara selaa 22 bulan pada April 2019 kerana cuba terbang ke Syria untuk menyertai IS.

7 ditahan selepas serangan di luar pejabat Charlie Hebdo

Suspek utama, yang dikenal pasti berasal dari Pakistan berusia 18 tahun, ditangkap berhampiran tempat kejadian.

Tiga laporan polis terhadap Mohamaddin di Tawau

Menurut Peter, ia diterima daripada beberapa individu tertentu yang membuat laporan itu sejak semalam.

Mohamaddin perlekeh kes Tandaou untuk pancing undi – Abdul Muis

Menurut Abdul Muis, kenyataan Mohamadin itu dibuat hanya untuk meraih undi saat-saat akhir daripada pengundi di Dewan Undangan Negeri Segama.

Calon Warisan DUN Sekong nafi dirinya militan

Bagaimanapun beliau mengakui pernah ditahan pada 2003 hingga 2007 tetapi tidak pernah dibicarakan dan disabitkan bersalah.

Pemandu e-hailing dipenjara tiga tahun miliki 17 video berkaitan pengganas Daesh

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki barangan berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan kumpulan militan tersebut di dalam telefon bimbit miliknya.

Penyerang masjid di Christchurch dimasukkan dalam senarai entiti pengganas

"Kita mempunyai tanggungjawab kepada New Zealand dan masyarakat antarabangsa untuk mencegah keganasan," kata Jacinda Ardern.

Dua maut, lima cedera ditikam lelaki Sudan

Dia kemudian pergi ke kedai daging yang terletak berhampiran dan menyerang lebih ramai orang.