KHARTOUM – Washington telah menarik semula Sudan daripada senarai penaja keganasan berkuat kuasa pada hari Isnin, kata Kedutaan Amerika Syarikat.

“Setiausaha Negara telah menandatangani notis pembatalan Sudan dalam senarai Penaja Keganasan Sudan berkuat kuasa mulai hari ini (14 Disember), diterbitkan dalam Daftar Persekutuan,” kata kedutaan dalam satu pernyataan.

Sudan disenaraikan sejak tahun 1993, dengan alasan Presiden yang digulingkan Omar al-Bashir mempunyai kaitan dengan kumpulan militan. Sejak itu bantuan kewangan dan pelaburan untuk Sudan ditarik balik. – MalaysiaGazette