Tag: Perdana Menteri
SD Maszlee sokong Anwar pula tersebar
SD satu muka surat itu tertera nama Maszlee selaku Ahli Parlimen Simpang Renggam yang siap ditandatangan itu turut memaparkan ni kad pengenalan beliau.
Lepas surat Najib dan Zahid, surat Anwar kepada Istana pula tular
Dalam surat itu, Anwar didakwa mempunyai sokongan 131 Ahli Parlimen untuk beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Muhyiddin dulu pun tak dedah nama siapa penyokongnya – Puad
Ramai yang lupa, masa Muhyiddin mendapat perkenan YDP Agung sebagai PM tidak berbangkit pun soal senarai nama. Yang penting ialah nombor, katanya.
Kenapa bawa usul tak percaya perlu kebenaran menteri? – Zaid
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak memberi keutamaan kepada sesuatu usul undi tidak percaya yang dibawa ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri di negara ini.
Pas seru parti politik dalam kerajaan beri sokongan padu kepada Muhyiddin
Barisan Nsional (BN), PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk parti itu sendiri sendiri perlu mengutamakan kesejahteraan rakyat khususnya pada ketika pandemik Covid-19 ini.
Khalid Samad dakwa 30 Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar
Khalid berkata perkara itu dizahirkan Anwar ketika beliau mempersembahkan bukti sokongan itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Azhar nafi PM larang usul tidak percaya dibentang di Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan Perdana Menteri tidak membenarkan usul undi tidak percaya terhadapnya dibahaskan dengan menyenaraikan usul teserbut di penghujung senarai kertas Aturan Urusan Mesyuarat Harian.
Muhyiddin perlu tunai tuntutan UMNO, kata penganalisis politik
Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Jeneri Amir, Muhyiddin berhadapan dengan risiko kehilangan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam masa yang sama PN akan tumbang jika Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu enggan berkompromi dengan UMNO.
Anwar dapat sokongan majoriti hanya cerita rekaan – Hamzah
Setiausaha Agung Bersatu itu berkata, ahli Parlimen Bersatu menyifatkan kenyataan Anwar kononnya mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu sebagai satu lagi dakwaan tidak berasas.
Tiada DAP dalam Kabinet cadangan Anwar?
Ahmad Maslan menganggap ia barisan Kabinet fatamorgana.

















