Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak memberi keutamaan kepada usul undi tidak percaya yang dibawa ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri di negara ini.

Menurut beliau senario lain berlaku di kerajaan Parlimen Australia yang sentiasa mengutamakan usul tidak percaya sebagai sesuatu yang perlu disegerakan dan berkepentingan awam berbanding pendekatann yang diamalkan di Malaysia.

Bekas Menteri Undang-Undang itu dalam ciapan Twitter berkata, di Australia sebarang usul tidak percaya terhadap seseorang menteri atau perdana menteri akan diberi keutamaan berbanding usul-usul lain yang disenaraikan dalam aturan persidangan dewan yang perlu dibentang dan dibahas ahli Parlimen.

“Di Australia satu usul tidak percaya akan diberi keutamaan berbanding urusan hal lain sehingga diselesaikan.

“Tetapi untuk membawa usul tidak percaya (terhadap PM) di Malaysia, ia perlu meminta (kebenaran) menteri kerajaan untuk membenarkan usul tersebut),” ciap beliau.

Beliau kesal dengan pendekatan Dewan Rakyat terhadap enam ahli Parlimen Pejuang dan juga ahli Parlimen Gua Musang yang mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tengku Razaleigh Hamzah telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada 29 Oktober lalu untuk dibentangkan di Parlimen.

Manakala enam ahli Parlimen termasuk Tun Mahathir Mohamad turut mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas Muhyiddin awal Oktober ini.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Dah tu Australia lulus boleh pakai coli dengan spenda jalan kot pekan2 kita pun kena ikutlah.. ydpa dah pesan kurang sikit politik masa ni masih x paham2 lagi

  2. Teruk fikiran bodoh Zaid ni, nak sangat cara Australia pergilah mohon kerakyatan sana. Bodoh diatas kepalanya, setiap Negara ada “Perundangan sendiri” bukan ikut sahaja, jika suka sangat contoh Negara luar kenapa tidak rujuk BERUNAI atau lebih tegas KOREA UTARA?

  3. kerajaan malaysia buat pagar berkunci untok orang jangan sentuh kerajaan. kecualilah pagar makan padi .

Comments are closed.