Tag: PRK
Calon PH sedih tak dapat lihat nama atas kertas undi
Wong Siew Ki meluahkan rasa sedih kerana walaupun menjadi calon tetapi tidak dapat berpeluang melihat nama dan logo baharu Pakatan Harapan di atas Kertas undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu bermula pagi tadi.
Calon MCA undi di SJKC Batu 11 Cheras
Calon MCA Tan Chee Teong selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Batu 11, Cheras pukul 9.10 pagi tadi selepas pusat itu dibuka pukul 8 pagi tadi.
Calon PH Seri Setia minta pengundi keluar awal
Saya minta pengundi di DUN Seri Setia keluar mengundi awal, kerana cuaca sekarang ini nampak gelap.
Proses mengundi di PRK Balakong mula 8 pagi
Seramai 3,954 pengundi berdaftar akan mengundi di Lapan Saluran yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya di Pusat Daerah Mengundi SJKC Batu 11 di sini sehingga 5.30 petang ini.
Isyarat BN akan bangkit semula jika kurangkan undi majoriti PH –...
"Saya yakin jika kita dapat ,menurunkan undi calon PH dan mengurangkan majoriti serta mempertingkatkan undi kita (pembangkang), ia adalah signal kuat bahawa kita akan bangkit semula sebagai kerajaan satu ketika nanti dalam waktu terdekat," katanya selepas melawat Bilik Gerakan calon MCA Tan Chee Teong di Batu 11 Cheras di sini.
Debat: Halimah anggap Halimey ‘penakut’
Halimah mengesahkan menerima jemputan rasmi daripada penganjur untuk berdebat malam ini namun tiada pengesahan daripada Halimey.
Prestasi calon ‘import’ lebih baik, kata Halimah Ali
Halimah yang berseloroh berkata lagi sebagai anak tempatan DUN ini, Halimey hanya memberi kelebihan kepada dirinya sendiri yang boleh mengundi dirinya sendiri berbeza calon Pas itu yang bergantung sepenuhnya kepada pengundi.
“Apa yang Halimah buat di DUN Seri Setia?” tanya calon PH
Berbaki lagi tiga hari menjelang Pilihan Raya Kecil DUN tersebut, Halimey Abu Bakar enggan berhadapan dengan Halimah dalam mana-mana debat sebaliknya hanya mahu meneruskan kempen.
SPR jangka 100 peratus undi awal DUN Balakong
Katanya, tidak ada masalah untuk anggota polis untuk mengundi awal memandangkan hanya bilangan kecil anggota sahaja berdaftar.
Pengundi awal di Balakong mula mengundi pagi ini
Setakat 8.26 pagi tadi, seramai 17 anggota polis sudah mengundi.

















