Tag: PRU14
Pilihan raya elak Tahun Baharu Cina dan musim lawat kubur
Musim melawat kubur masyarakat Cina pula jatuh antara 26 Mac hingga 15 April dan parti pembangkang menjangkakan BN akan mengelak tarikh-tarikh ini untuk mengadakan pilihan raya.
Pakatan Harapan buntu di 10 peratus kawasan
Kebanyakan percanggahan bagaimanapun berlaku antara PKR dengan DAP serta antara PKR, Pribumi dan PAN.
Hanya persiapan BN dibincang, tiada tarikh PRU-14
Rata-rata wakil komponen BN menyatakan Najib banyak memfokuskan mengenai persediaan setiap parti.
Sedarlah diri PPBM – Mohd Amar
Jika sebaliknya, tuduhan yang sering dilemparkan kepada Pas yang kononnya membantu kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) adalah cerminan kepada PPBM kerana merebut kerusi yang ingin ditandingi oleh Pas.
Tun M melampau, aibkan saya dalam AGM
"Tun M aibkan saya dalam Perhimpunan Agong PPBM dan disambut dengan tepukan gemuruh semua perwakilan, Tun M is too much (Tun M sudah melampau)," kata Hamidah.
Kerjasama rapat MCA-Gerakan ‘rampas’ P. Pinang
Dua parti berteraskan kaum Cina dalam Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan hari ini akan bekerjasama rapat dalam memperkukuhkan hubungan kerja yang baik antara kedua-dua parti untuk menyatakan kesungguhan dalam siasiaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) kelak.
‘Khairuddin bukan mabuk jawatan’ – Iskandar
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad yakin bekas setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman akan kekal bekerja dengan parti itu walaupun sudah tidak berjawatan.
Pernah bekerja bersama sejak 1990-an, Iskandar berkata Khairuddin adalah individu yang berjuang untuk parti dan percaya beliau bukan mementingkan jawatan.
Harumanis bila dah busuk jatuh sendiri – Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man nyata tidak terkejut dengan tindakan bekas Naib Presiden Pas itu, Datuk Mahfuz Omar yang bertindak keluar parti.
Ujarnya, 'Harumanis' akan jatuh sendiri ke tanah apabila tidak dipedulikan pemiliknya.
Chong Sin Woon calon MCA di Parlimen Seremban pada PRU14
Pemilihan Chong berdasarkan gerak kerja beliau selain dilihat mempunyai komitmen tinggi dalam memberi khidmat kepada penduduk Seremban ditambah keperibadian yang dinamik serta popular dalam kalangan penduduk setempat.
Bohong kalau tidak fikir isu dicalonkan semula – ADUN Semenyih
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Aziz berkata isu samada beliau dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi itu adalah hak dan kuasa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak.
Malah katanya lagi, adalah satu pembohongan pada dirinya jika beliau tidak memikirkan soal dicalonkan semula yang kini fokus kepada isu-isu masyarakat di kawasannya bagi membuktikan beliau mampu untuk terus mempertahankan kerusi Semenyih.

















