Tag: PUTRAJAYA
Potongan 30% cukai taksiran kediaman di Putrajaya bawah RM300,000 – PM
Persetujuan itu dibuat selepas mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di kawasan berkenaan bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.
Pelajar akademi antara empat transporter dadah ditahan polis
Menurut Arjunaidi, jumlah keseluruhan rampasan dadah seberat 378.8 kilogram itu bernilai RM13.26 juta..
Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir Kepada PDRM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali melihat jaket keselamatan dan barangan makanan pada Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir daripada 7 Eleven Malaysia Sdn Bhd kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 07 DISEMBER 2022.
Saifuddin Nasution Ismail Hari Pertama Mula Tugas di KDN
Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengimbas kad perakam waktu sebelum memulakan tugas di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 06 DISEMBER 2022.
Nga Kor Ming Mula Tugas Sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (tengah) diiringi Ketua Setiausaha (KPKT), Datuk M. Noor Azman Taib (dua kiri) mengimbas kad perakam waktu simbolik sebelum memulakan tugas di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 06 DISEMBER 2022.
Hannah Yeoh Hari Pertama Mula Tugas Menteri Belia dan Sukan
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengimbas kad perakam waktu sebelum memulakan tugas di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 06 DISEMBER 2022.
‘Selamat Bertugas’ Anwar Ibrahim Sebagai Menteri Kewangan
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas kad akses ketika hadir untuk memulakan tugasnya di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 06 DISEMBER 2022.
Mat Sabu Hari Pertama di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu ketika mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas rasmi pada hari pertama di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 05 DISEMBER 2022.
Salahuddin Ayub dan Alexander Nota Serah Terima Tugas KPDNKSH
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub (kiri) bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sambil diiringi Ketua Setiausaha KPDNKSH, Datuk Azman Mohd Yusof (tengah) menurunkan tandatangan pada nota serah tugas ketika majlis pertukaran nota tersebut di KPDNKSH, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 05 DISEMBER 2022.
Fahmi Fadzil Mula Tugas Sebagai Menteri Komunikasi Digital
Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Fadzil mengimbas kad perakam waktu sebelum memulakan tugas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 05 DISEMBER 2022.

















