Tag: SC
SC lantik 7 ahli MVCDC
MVCDC ditubuhkan pada 2005 sebagai satu majlis antara menteri dengan wakil sektor awam dan swasta untuk memberi visi dan hala tuju, memberi nasihat kepada kerajaan dan memudahcarakan penyelarasan strategi untuk keseluruhan
pembangunan modal teroka (VC) dan ekuiti swasta (PE).
SC kena celaan 3 syarikat China
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan celaan terhadap tiga syarikat berpangkalan di China kerana melanggar undang-undang sekuriti.
Terbitan sukuk kerajaan, korporat naik kepada RM199.9b
Daripada jumlah ini, sebanyak RM72.68 bilion diterbitkan oleh sektor korporat, lebih rendah berbanding penerbitan Sukuk pada 2017 yang berjumlah RM87.65 bilion, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam Laporan Tahunan 2018.
SC minta maklum balas ICO daripada orang awam
ICO merupakan kaedah pengumpulan dana alternatif yang memanfaatkan teknologi lejar teragih termasuk rantaian blok (‘blockchain’). Ia melibatkan penerbitan token digital oleh penerbit yang berhasrat mengumpul dana untuk projek atau usaha niaga.
SC kaji cadangan pacu industri modal teroka
Cadangan ini adalah berdasarkan kajian mendalam oleh ICMR, yang telah ditugaskan oleh SC sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk memudahcarakan pengantaraan modal risiko dan meningkatkan akses kepada
pembiayaan bagi syarikat peringkat permulaan dan awal dalam pasaran modal Malaysia.
Deloitte mohon SC semak semula penalti
Deloitte sedang berunding dengan peguam untuk membuat permohonan semakan terhadap tindakan penalti yang diputuskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
3 juruaudit ditegur SC
Juruaudit berkenaan ialah Gary Yong Yoon Shing dan Jason Sia Sze Wan, rakan kongsi Nexia SSY, dan Lye Ghee Kang, rakan kongsi CAS Malaysia PLT.
Deloitte, KPMG disiasat SC
Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang menyiasat Deloitte dan KPMG berhubung pembabitannya dengan 1Malaysia Development Berhad
Pengendali platform aset digital dibenar beroperasi semasa tempoh peralihan
Tetapi, sepanjang tempoh itu, pengendali platform ini tidak akan dibenarkan untuk menerima pelabur baharu dan hanya dibenarkan untuk memudahkan penarikan balik atau pemindahan aset pelanggan dengan arahan bertulis pelabur.
Lian Heng jadi Pengarah Eksekutif SC
Liang Heng yang merupakan akauntan terlatih mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam bidang kewangan korporat dan memiliki Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Sosial dari University of Manchester, UK.











