Tag: seludup pati
Guna rumah kosong simpan PATI sebelum seludup ke Indonesia
Siasatan awal mendapati, kegiatan ini dilakukan oleh Geng Kribo dan migran ini perlu membayar kepada ejen wang berjumlah RM1,600 hingga RM2,500 seorang untuk proses penghantaran secara tidak sah itu. - Senior Asisten Komisioner Soffian Santong.
JIM tumpaskan sindiket seludup PATI di Kota Bharu
Berdasarkan maklumat risikan, JIM telah mengesan sebuah kenderaan dipercayai dipandu tekong darat sebelum berhenti di sebuah stesyen minyak berhampiran Wakaf Che Yeh.
Polis Perak gagalkan cubaan seludup keluar 60 Pati Indonesia
"Semakan ke atas 20 wanita dan 40 lelaki berusia 20 hingga 63 tahun itu mendapati tiada dokumen perjalanan sah selain dipercayai dalam perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia namun terkandas akibat bot tersebut mengalami kerosakan enjin,” kata Mohd Yusri.
Seludup PATI sekali dengan syabu ke Indonesia
"Hasil soal siasat ke atas PATI terbabit mendapati mereka mendakwa telah menjelaskan bayaran RM1,700 untuk meninggalkan Malaysia menggunakan laluan tikus menuju ke Medan dan Dumai, Indonesia," kata Mohd. Sharenliza.
3 transporter ditahan bawa masuk PATI melalui Thailand
PATI yang dibawa masuk ini akan dihantar ke luar Kelantan dan sekitar Lembah Klang dan dalang sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi setiap warga asing.
Polis gagalkan cubaan Geng Oum seludup masuk 35 PATI
Hasil soal siasat polis ke terhadap kesemua PATI yang ditahan itu mendapati mereka mendakwa telah menjelaskan bayaran antara RM1,500 hingga RM1,800 untuk diseludup masuk secara haram ke Malaysia melalui jalan laut tidak diwartakan dengan menaiki bot pom-pom
Seludup PATI: 5 pegawai penguatkuasa antara 9 individu direman SPRM
Modus operandi yang dilaksanakan sindiket terbabit adalah setiap PATI atau Pemastautin Sementara yang tidak mempunyai dokumen lengkap atau mempunyai sekatan akan membayar kira-kira RM2,500 kepada ejen PATI tersebut sekiranya ingin keluar dari Sabah melalui Lapangan Terbang Tawau.
JIM kenal pasti warga Myanmar dalang sindiket penyeludupan manusia
Modus operandi sindiket adalah dengan menjadikan terminal pengangkutan awam sebagai pusat transit bagi penyeludupan PATI yang mana dalang sindiket ini menunggu bas tiba di terminal dan seterusnya bertindak menguruskan pergerakan PATI yang baru tiba dari negara jiran ke lokasi yang ditetapkan. - Datuk Seri Khairul Dzaimee Mohd Daud
Sindiket seludup PATI bersubahat dengan pegawai Imigresen tumpas
Tambah Khairul Dzaimee lagi, modus operandi sindiket itu adalah ejen akan mengatur kemasukan PATI yang telah disenaraihitam atas kesalahan lampau dengan kerjasama pegawai Imigresen yang bersubahat di kaunter ketibaan dengan upah antara RM1,000 hingga RM2,000 bagi setiap kepala.
49 PATI diseludup masuk Kelantan ditahan
Sindiket ini dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM 7,000 bagi setiap PATI untuk masuk ke Malaysia.