Tag: WTI
Inventori tinggi, harga minyak susut
Niaga hadapan minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate didagangkan pada AS$57.37 setong, susut AS$0.25 daripada hari penutup akhir. Manakala penanda aras minyak dunia, Brent jatuh sebanyak AS$0.24 kepada AS$62.62.
Harga minyak mentah melonjak
Harga pasaran minyak mentah melonjak dalam dagangan hari ini, dipacu oleh jangkaan penurunan stok minyak Amerika Syarikat, selain lanjutan pematuhan perjanjian pengurangan bekalan minyak oleh OPEC sehingga akhir tahun depan.
Harga minyak AS tinggi
Harga minyak Amerika Syarikat kekal berada pada paras tertinggi dua tahun dalam dagangan hari ini selepas penutupan saluran paip Keystone dan inventori bahan api menunjuk kepada pasaran terkawal walaupun terdapat peningkatan pengeluaran.
Harga minyak terus mengukuh
Niaga hadapan minyak mentah Brent, berada pada AS$62.81 setong pada 0112 GMT, naik AS$0.24 sen atau 0.4 peratus daripada harga penutup.
Harga minyak AS susut, IEA ragu pertumbuhan permintaan
Harga minyak Amerika Syarikat jatuh dalam dagangan hari ini selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) ragu-ragu mengenai kawalan pasaran bahan api beberapa bulan lalu.
Harga minyak susut sedikit tapi masih kukuh
Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$63.61 setong pada 0243 GMT, susut AS$0.08 tetapu masih hampir dua setengah tahun tinggi pada AS$64.65 setong yang dicapai pada awal minggu ini.
Brent AS$62 setong, tertinggi sejak Julai 2015
Harga Brent dicatatkan sebanyak AS$62.27 setong pada 0051 GMT naik 0.3 peratus berbanding harga penutup akhir.
Harga minyak mentah dunia teguh
Niaga hadapan Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak berada pada AS$ 60.87 setong pada 0013 GMT, meningkat AS$0.25 sen atau 0.4 peratus daripada harga penutup.
Brent stabil pada paras AS$60 setong
Harga Brent ditutup pada paras tertinggi sejak Julai 2015 dan minyak Amerika Syarikat pula berada pada kemuncak selepas OPEC diramalkan akan meneruskan pengurangan bekalan selepas Mac depan.
Brent hampiri AS$60 setong
Harga minyak mentah naik dalam dagangan awal hari ini dengan Brent terus melonjak ke paras tertinggi 27 bulan.














