Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man

KUANTAN – Pelancong masih selamat untuk mengunjungi Pahang  insiden walaupun terdapat insiden pergaduhan di kasino di Genting Highlands, baru-baru ini.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, secara am Malaysia masih kekal sebagai sebuah negara yang selamat untuk dikunjungi.

“Mungkin kadang-kadang berlaku sesetengah peristiwa, namun keselamatan pelancong dan semua sentiasa menjadi keutamaan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai penganjuran Malaysia International Tourism Expo (MITE)  2024 Pahang, di sini, hari ini.

Sementara itu, Yu Man berkata, kerja-kerja pembinaan tugu peringatan watak anime Jepun, Kento Nanami tertangguh lebih empat bulan dan masih belum dapat dilaksanakan.

Katanya, penangguhan itu disebabkan isu hak cipta dan beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan melalui orang tengah dan perbincangan lanjut.

“Satu perbincangan sudah diadakan antara wakil kerajaan negeri dengan penerbit anime itu pada Disember tahun lalu,” jelasnya.

Pada November 2023, watak ahli sihir, Kento Nanami, sebelum meninggal dunia meluahkan hasrat untuk membina rumah dan menghabiskan masa dengan membaca buku di Kuantan dalam episod ke 42 siri Jujutsu Kaisen. – MalaysiaGazette