Sekumpulan penternak lembu, kerbau dan kambing sekitar Kampar dan Tapah mengadakan perhimpunan aman, di Kampar selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung prosedur tangkapan haiwan ternakan mereka. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 APRIL 2024

KAMPAR – Sekumpulan penternak lembu dan kerbau di Kampar serta Tapah tidak berpuas hati terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa melakukan operasi menangkap dan menyita haiwan ternakan mereka dengan cara tidak wajar.

Wakilnya, Mohamad Yusof Yasin, 65, berkata, pihaknya kesal selepas kerap berlaku insiden yang didakwa pihak berkuasa PBT menangkap haiwan-haiwan ternakan mereka walaupun ditempatkan dalam kawasan persendirian.

Penternak lembu kerbau kampar tapah haiwan ternakan pihak berkuasa tempatan PBT sita kandang haiwan
Wakil penternak, Mohamad Yusof Yasin, 65 (tengah) bersama-sama 150 penternak lembu, kerbau dan kambing sekitar Kampar dan Tapah, mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan prosedur tangkapan haiwan ternakan mereka dengan cara tidak wajar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 APRIL 2024.

“Kami kesal dengan kejadian tangkapan haiwan ternakan yang berlaku kepada salah seorang penternak pada 23 April lalu di sini.

“Dua ekor kerbau milik rakan kami telah ditangkap dari kandang miliknya dengan menggunakan jentera MDKpr dalam satu kejadian pada awal pagi. Susulan itu satu laporan polis telah dibuat pada keesokan harinya,” katanya.

Penternak lembu kerbau kampar tapah haiwan ternakan pihak berkuasa tempatan PBT sita kandang haiwan
Sekumpulan penternak lembu, kerbau dan kambing sekitar Kampar dan Tapah mengadakan perhimpunan aman, di Kampar selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung prosedur tangkapan haiwan ternakan mereka. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 APRIL 2024

Dia berkata demikian ketika mengadakan perhimpunan aman berhubung perkara berkenaan di hadapan bangunan Majlis Daerah Kampar (MDKpr), di sini, pada Isnin.

Kira-kira 150 orang wakil penternak lembu dan kerbau hadir sekitar 10 pagi dengan lokasi dikawal pihak polis.

Sekumpulan penternak lembu, kerbau dan kambing sekitar Kampar dan Tapah mengadakan perhimpunan aman, di Kampar selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung prosedur tangkapan haiwan ternakan mereka. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 APRIL 2024

Justeru, Mohamad Yusof meminta, agar siasatan dan tindakan lanjut dapat diambil pihak berkuasa ekoran kejadian berkenaan yang didakwa telah berlaku bertahun-tahun.

Menurutnya, tindakan seumpama itu tidak sewajarnya berlaku kerana ia boleh memberi tangkapan salah guna kuasa dalam kalangan anggota dan penguat kuasa PBT.

Sekumpulan penternak lembu, kerbau dan kambing sekitar Kampar dan Tapah mengadakan perhimpunan aman, di Kampar selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung prosedur tangkapan haiwan ternakan mereka. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 APRIL 2024

“Kami tidak nafikan ada juga tangkapan melibatkan haiwan ternakan berkeliaran di jalanan. Itu kami akur apabila dikenakan tindakan.

“Namun dalam kes seperti ini, penguat kuasa seolah mengambil kesempatan dengan menjalankan operasi sama ke atas haiwan yang berada di kawasan persendirian termasuklah dalam kandang milik penternak,” ujarnya.

Peguam, Amirul Fairuzzeen Jamaluddin pada sidang media bersama 150 penternak lembu, kerbau dan kambing yang mengadakan perhimpunan aman di Kampar selepas tidak berpuas hati dengan prosedur tangkapan haiwan ternakan oleh pihak berkuasa tempatan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 APRIL 2024

Pada masa sama, peguam yang dilantik mewakili kumpulan penternak berkenaan, Amirul Fairuzzeen Jamaluddin berkata, satu aduan rasmi akan dibuat pihaknya kepada PBT tersebut berkaitan hal sama.

“Kami berharap agar siasatan telus dan berintegriti dapat dijalankan di samping disusuli dengan satu penyelesaian yang tuntas ke atas isu ini. Pihak penternak bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan,” katanya.

Sekumpulan penternak lembu, kerbau dan kambing sekitar Kampar dan Tapah mengadakan perhimpunan aman, di Kampar selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung prosedur tangkapan haiwan ternakan mereka. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 APRIL 2024

MDKpr ketika dihubungi pemberita memaklumkan perkara itu telah berada dalam siasatan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat penternak berkenaan pada 24 April lepas.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” jelas beliau. – MalaysiaGazette